11 April 2013

Kotak Coklat 35 cavity

Ini tempahan coklat box untuk Majlis Pertunangan Wan & Nurul...


Tempahan ni dah lama pun majlis nya.. Sekitar Januari haritu lagi..

Terima kasih pada Chik yang sudi order

9 April 2013

Tempahan untuk Boyz

Biasanya anak2 lelaki sangat minat pattern bola kan..

Hmm.. Boleh tray Oreo Choc tema bola mcm yg kat bawah ni..



Kalau tgk mcm yang kat atas ni ada pelbagai design tau..

** Oreo Choc - Geng Bola
** Oreo Choc Edible Image - Angry Bird, Spongebob, Upin Ipin, Ben 10

Yang paling best.. ada Mickey Oreo Lollichoc yang sangat canik & sedap..
Mmm.. Kids will luv it !

JENIS-JENIS COKLAT

Coklat Compound 
Bahan Utama : Lemak dari sayuran
Mudah mencapai kestabilan pada suhu bilik (tidak mudah cair pada suhu bilik)


Coklat Couverture (gred A)

Bahan Utama : Lemak dari biji koko
Perlu melalui proses tempering untuk mencapai suhu stabil (proses tempering yang salah akan menyebabkan coklat cair pada suhu bilik)
sangat sensitif terhadap suhu

Kedua-dua jenis coklat terdapat dalam bentuk coklat susu(milk), coklat putih(white) dan coklat gelap(dark)


Dari segi rasa, sudah tentu Coklat Couverture lebih sedap kerana kandungan lemak koko yang terdapat di dalamnya.. dan yang pasti harga  Coklat Couverture lebih mahal dari Coklat Compound


Filling yg ada seperti :
1. Mocha, 
2. Strawberry
3. Orange
4. Mint
5. Durian
6. Blueberry

Filling berbentuk kekacang pula adalah seperti : 
1. Almond
2. Hazel
3. Pistachio

Coklat yang berbentuk dipanggil 'Praline'

Manakala coklat yang terdapat di dalamnya biskut oreo dinamakan Oreo Choc




7 April 2013

Hikayat Coklat .. (Part 2)

Hmm.. Menarik kan bagaimana coklat mula dikenali dan berkembang di dunia..

So, macamana pulak laluan coklat di negara kita..

Koko merupakan tanaman komoditi ketiga terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Malaysia adalah Negara pengisar koko yang kelima terbesar di dunia. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman koko yang besar itu menyumbang kepada 9,552.96 hektar (46.5%) daripada jumlah kawasan penanaman koko di Malaysia berbanding Sabah 6,943.87 hektar (33.8%) dan Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 4,047.17 hektar (19.7%)

Negara-negara pengeluar koko utama di dunia adalah Cote d’lvoire, Ghana Indonesia, Nigeria, Cameroon termasuklah Malaysia.


 




Jadi, penggemar coklat daptkan coklat keluaran lembaga koko Malaysia tau yang semestinya HALALdan hasil bumi kita sendiri










h orang Sepanyol

6 April 2013

Oreo Choc

Ting tong...

Hehe...

Memang ada ramai peminat oreo tau... Especially kanak2, tapi yg bukan kanak2 pun ramai yang suka..

So, peminat oreo blh order oreo ikut theme tau..


Oreo Choc - Men & Women

Peminat bunga blh order mcm yang kat bawah ni...

Oreo Choc - Sekebun Bunga
Anak-anak yang girlish sweet2 gitu maybe minat mcm yang ini...
Oreo Choc - Edible Image Barbie

Ada mcm2 pattern lagi.. theme bola... nnti saya update kemudian ya..

Oreo Choc - Plain (RM 1.50)

Oreo Choc - Colour / Theme (RM 2.00)
Oreo Choc - Edible Image (RM 2.00)
Oreo Choc - Customized Edible Image (RM 2.50)

Minimum order 10 pcs ye..

Untuk belian yang lebih banyak boleh hubungi saya untuk dapatkan special price

Coklat dalam Bakul

Hantaran ni order dari Puan Ruzimarlina...

Jambangan bunga dalam bakul, 30 batang....


Pink White Roses

Orang nya peminat pink..
So, kita gabungkan pink & putih bagi nampak english concept sket... hehe..


Untuk sesiapa yang nak order macam ni rm70 ye.. dalam coklat ros tu blh minta apa2 filling ya..kacang ke.. flavour ke..

Order yg ini saya letak kacang almond sebagai filling.. sedap tau

5 April 2013

Hikayat Coklat... (Part 1)



Semua orang suka makan coklat, xkiralah muda atau tua... kan.. 

So, jom kita kenalpasti asal usul coklat yang kita makan sekarang...


Coklat telah dianggap seperti Emas - mempunyai nilai yang tinggi.


Sejak 3000 tahun dahulu lagi, Coklat telah dianggap seperti Emas –mempunyai nilai yang tinggi.


Coklat dihasilkan daripada koko dikatakan berasal daripada Amazon sekurang-kurangnya 4000 tahun dahulu. Ia digunakan oleh kaum Maya yang memanggilnya sebagai ‘CACAHOATL’

Manakala nama Coklat pula berasal daripada Kaum Maya - xocoatl yang bermaksud air pahit



600 SM
Kaum Maya memulakan tanaman koko di ladang-ladang di Yucatan. Ia hanya digunakan sebagai minuman dan dianggap sebagai ‘God’s Food’dan digunakan dalam upacara keagamaan.
1200 SM
Kaum Aztec pula mula mengusahakan tanaman koko menggunakan rempah ratus yang berbeza seperti serbuk cili & jagung kerana gula masih belum digunakan ketika itu.
Ketika ini, koko juga telah digunakan sebagai alat komoditi pertukaran matawang.
Cth: 100 biji koko  = 1 ekor ayam belanda
         30 biji koko  = 1 ekor arnab  
           1 biji koko  = 1 biji tomato     
1513
Terdapat bukti hamba abdi telah dibeli menggunakan pertukaran biji koko
1519
Hernando Cortez yang menguasai sebahagian besar Mexico telah mengukuhkan penanaman ladang koko yang menjadikan pada ketika itu koko sebagai perniagaan yang sangat menguntungkan
1528
Coklat sudah tiba di Spain. Cortez memperkenalkan coklat yang dicampur gula seterusnya vanilla, buah pala, bunga cengkih dan kulit kayu manis
1657
Kedai Coklat pertama dibuka di London
1671
Secara tidak sengaja semangkuk kacang almond telah terjatuh ke dalam coklat yang kemudiannya coklat berkacang tersebut dinamakan sebagai ‘Praline’
1674
Coklat mula diletakkan pada kek, roll di ‘London Coffe House’
1780
Mesin Coklat pertama dihasilkan di Barcelona
1819
Swiss mula mengilangkan coklat
1830
Coklat mula dijadikan manisan, kuih muih , gula-gula
1847
Coklat Cadbury dihasilkan
1875
Coklat susu mula dihasilkan oleh Daniel Peter dari Switzerland
1913
Jule Sechaud Montreux dari Switzerland memperkenalkan Coklay yang berinti.
1923
Penubuhan Chocolate Manufacturer Association oleh Amerika Syarikat
1925
Koko telah menjadi perniagaan yang sangat besar

Mmm.. Sedapnya...

Yang mana satu menjadi pilihan hati...



Kek yang disiram dengan coklat ganache..



Chocolate_drizzle

Limpahan coklat mcm ni yang xtahan ni.. hehe 


strawberi yang dicelup coklat .. campuran rasa masam & manis yg marveles


ATAUPUN





timbunan coklat homemade yg pelbagai rasa..

wee... yg last ni kalau makan kadang2 susah nak stop kan?
Betul x?








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...