5 April 2013

Hikayat Coklat... (Part 1)



Semua orang suka makan coklat, xkiralah muda atau tua... kan.. 

So, jom kita kenalpasti asal usul coklat yang kita makan sekarang...


Coklat telah dianggap seperti Emas - mempunyai nilai yang tinggi.


Sejak 3000 tahun dahulu lagi, Coklat telah dianggap seperti Emas –mempunyai nilai yang tinggi.


Coklat dihasilkan daripada koko dikatakan berasal daripada Amazon sekurang-kurangnya 4000 tahun dahulu. Ia digunakan oleh kaum Maya yang memanggilnya sebagai ‘CACAHOATL’

Manakala nama Coklat pula berasal daripada Kaum Maya - xocoatl yang bermaksud air pahit



600 SM
Kaum Maya memulakan tanaman koko di ladang-ladang di Yucatan. Ia hanya digunakan sebagai minuman dan dianggap sebagai ‘God’s Food’dan digunakan dalam upacara keagamaan.
1200 SM
Kaum Aztec pula mula mengusahakan tanaman koko menggunakan rempah ratus yang berbeza seperti serbuk cili & jagung kerana gula masih belum digunakan ketika itu.
Ketika ini, koko juga telah digunakan sebagai alat komoditi pertukaran matawang.
Cth: 100 biji koko  = 1 ekor ayam belanda
         30 biji koko  = 1 ekor arnab  
           1 biji koko  = 1 biji tomato     
1513
Terdapat bukti hamba abdi telah dibeli menggunakan pertukaran biji koko
1519
Hernando Cortez yang menguasai sebahagian besar Mexico telah mengukuhkan penanaman ladang koko yang menjadikan pada ketika itu koko sebagai perniagaan yang sangat menguntungkan
1528
Coklat sudah tiba di Spain. Cortez memperkenalkan coklat yang dicampur gula seterusnya vanilla, buah pala, bunga cengkih dan kulit kayu manis
1657
Kedai Coklat pertama dibuka di London
1671
Secara tidak sengaja semangkuk kacang almond telah terjatuh ke dalam coklat yang kemudiannya coklat berkacang tersebut dinamakan sebagai ‘Praline’
1674
Coklat mula diletakkan pada kek, roll di ‘London Coffe House’
1780
Mesin Coklat pertama dihasilkan di Barcelona
1819
Swiss mula mengilangkan coklat
1830
Coklat mula dijadikan manisan, kuih muih , gula-gula
1847
Coklat Cadbury dihasilkan
1875
Coklat susu mula dihasilkan oleh Daniel Peter dari Switzerland
1913
Jule Sechaud Montreux dari Switzerland memperkenalkan Coklay yang berinti.
1923
Penubuhan Chocolate Manufacturer Association oleh Amerika Syarikat
1925
Koko telah menjadi perniagaan yang sangat besar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...