10 December 2013

Krunchy Munchy Nuts

Wah.. nama bukan main lagi..

Biasala.. ada orang yang nama dia panjang berjela sampai kadang-kadang isi borang, petak ruangan nama pun xcukup.. kikiki.. tapi bila panggil tinggal satu huruf je.. 

So, Krunchy Munchy Nuts ni nama glemer nya 'NUTS'



Nuts ni ingredients yang ada :

  • kepingan badam
  • kuaci
  • biji labu
  • bijan hitam
  • Gula

Harga Promosi sekarang RM20 untuk satu balang.
Kalau ambil 2balang RM18 saja ye untuk setiap balang ye

Nuts yang dibuat bukan stok lama ya.. yang fresh punya.. 




Atas ni gambar tempahan Nuts 30 balang dari customer yang menunggu untuk dibuat delivery

Memang sedap !!

18 November 2013

Contest.. Contest..

          Pengumuman ye..












CONTEST

Terbuka kepada sesiapa sahaja untuk join contest ni...

Cuba teka ada berapa batang coklat dalam bakul bunga di bawah ni...



Bakul bunga ni juga boleh jengah di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=586068078133244&set=a.451389084934478.104018.424725110934209&type=1&theater


Mesti ramai yang bijak pandai boleh agak kan ada berapa batang coklat dalam bakul kat atas ni..
Senang sangat je kan..
Soalan kacang je ni.. kenyit mata je mesti dh tau jawapan.. kikiki..

So, lepas jawab soalan tadi sikiiit je lagi syarat untuk dapatkan hadiah tau ;) iaitu...

share seberapa banyak post dari blog http://sweetkokochocolicious.blogspot.com/ atau share serta like mana2 post dari fb : https://www.facebook.com/Sweet.Koko.Chocolicious 

senang sangat je kan...



HADIAHNYA 


Bagi yang dapat menjawab soalan dengan tepat dan memenuhi syarat2 di atas, 1 balang krunchy nuts yang sangat lazat akan akan diterbangkan ke tangan pemenang. Cewahh.. xdela terbang2 gitu kan.. Yang pastinya insyaAllah kudapan lazat tersebut akan hantar secepat mungkin kepada penerima yang layak.

So, cepat2 jawab yerr..

25 October 2013

Happy Birthday !!

Kring.. kring..
Cewaah.. bunyi cam telefon antik je.. padahal henfon camcung ni yang berbunyi.. hehe

New order ye..
dan hasilnya NEW DESIGN




HAPPY BIRTHDAY

NUR ANNA..



Safely packed in a box with simple decoration...


Boring dengan design yang sarat dengan huruf.. 
So, kali ini pattern nya lain sikit ye.. memandangkan order nak yang colourful..

Semoga berpuas hati !


4 October 2013

Tema Purple Hijau

Ada tempahan daripada Puan Sarah. Untuk hantaran Majlis Perkahwinan kakaknya.
Tema Warna Hantaran adalah hijau..





Jumlah coklat yang ada kat situ total 35 batang semuanya..

Dikelilingi bunga ros hijau kembang mekar dan diserikan pula bunga ros purple comel kaler purple.. Hmm.. nampak menarik kan kombinasi hijau & purple..




Harap Sarah berpuas hati !


30 September 2013

6 Health Benefit of Dark Chocolate

Dark chocolate has recently been discovered to have a number of healthy benefits. While eating dark chocolate can lead to the health benefits described below, remember that chocolate is also high in fat. Use FitDay to keep track of your calories and nutrition as you work towards your weight loss goals. 

1)    Dark Chocolate is Good for Your Heart

Studies show that eating a small amount of dark chocolate two or three times each week can help lower your blood pressure. Dark chocolate improves blood flow and may help prevent the formation of blood clots. Eating dark chocolate may also prevent arteriosclerosis (hardening of the arteries)

2)    Dark Chocolate is Good for Your Brain

Dark chocolate increases blood flow to the brain as well as to the heart, so it can help improve cognitive function. Dark chocolate also helps reduce your risk of stroke. 

Dark chocolate also contains several chemical compounds that have a positive effect on your mood and cognitive health. Chocolate contains phenylethylamine (PEA), the same chemical your brain creates when you feel like you're falling in love. PEA encourages your brain to release endorphins, so eating dark chocolate will make you feel happier.

Dark chocolate also contains caffeine, a mild stimulant. However, dark chocolate contains much less caffeine than coffee. A 1.5 ounce bar of dark chocolate contains 27 mg of caffeine, compared to the 200 mg found in an eight ounce cup of coffee

3)    Dark Chocolate Helps Control Blood Sugar

Dark chocolate helps keep your blood vessels healthy and your circulation unimpaired to protect against type 2 diabetes. The flavonoids in dark chocolate also help reduce insulin resistance by helping your cells to function normally and regain the ability to use your body's insulin efficiently. Dark chocolate also has a low glycemic index, meaning it won't cause huge spikes in blood sugar levels

4)    Dark Chocolate is Full of Antioxidants

Dark chocolate is loaded with antioxidants. Antioxidants help free your body of free radicals, which cause oxidative damage to cells. Free radicals are implicated in the aging process and may be a cause of cancer, so eating antioxidant rich foods like dark chocolate can protect you from many types of cancer and slow the signs of aging

5)    Dark Chocolate Contains Theobromine

Dark chocolate contains theobromine, which has been shown to harden tooth enamel. That means that dark chocolate, unlike most other sweets, lowers your risk of getting cavities if you practice proper dental hygiene.
Theobromine is also a mild stimulant, though not as strong as caffeine. It can, however, help to suppress coughs

6)    Dark Chocolate is High in Vitamins and Minerals
Dark chocolate contains a number of vitamins and minerals that can support your health. Dark chocolate contains some of the following vitamins and minerals in high concentrations:
*        Potassium
*        Copper
*        Magnesium
*        Iron
The copper and potassium in dark chocolate help prevent against stroke and cardiovascular ailments. The iron in chocolate protects against iron deficiency anemia, and the magnesium in chocolate helps prevent type 2 diabetes, high blood pressure and heart disease. 

29 September 2013

Assorted Chocolate in Hardcover Box

Buntu kan kalau nak cari gift untuk someone special..

Ini ada contoh tempahan khas daripada Pn Rina untuk diberi kepada customer dia yang special



Assorted Chocolate
Dalam Kotak Hardcover ini ada 20pcs coklat yang pelbagai

Pastinya sangat sedap tau !

Ada yang dilimpahi kacang hazel macam ferrero roche tu.. ada coklat yang isian dalamnya biskut wafer yang dilapisi nutella.. dan pelbagai lagi coklat lain dalam pelbagai bentuk dan warna..

Jom kita intai isi dalam kotak ni..




Pilihan kali ini adalah kotak riben berwarna purple.. 
So sweet & exclusive





Enjoice..

25 September 2013

Coklat Bar

Nak rasa makan coklat macam cadburry tu..

Ini ada contoh coklat bar yang cumil






Ini contoh coklat bar size 7cm x 4cm x 1cm
Berat setiap satu lebih kurang 20g

Boleh tempah @ personalized ikut permintaan customer ya.. minimum order 50 pcs

Bagi yang order kuantiti 100pcs ke atas wrapper adalah menggunakan art paper..

Harga :

 50-100 pcs : RM 1.50
100-300pcs : RM 1.20
300-500pcs : RM 1.00

22 September 2013

Special Order

Ish.. Baru nk upload cerita lama.. bulan Mei haritu punya alkisah.. dah bulan september baru nak update.. bagus betulla Along ni kan..

X kisahla.. Janji haplod jugak ye walaupun dh basi.. hehe..


Ada tempahan bunga dalam bakul special request daripada sahabat karib saya.. Mulanya rasa macam tak nak ambik order memandangkan kena delivery jauh kat Kelantan sana.. Masa jadi suntuk sebab esoknya tu en suami ada tempahan Photoshoot kat taiping..

Tapi, setelah ditimbang tolak, darab bahagi.. keh keh.. besfren pulak tu kan..

Ok.. ini rupa gubahan yang dibuat dalam bakul tapi masih x complete ye..



Temanya pink kaler.. so kita gandingkan dengan purple baru menarik.. memandangkan nak letak atas dulang hantaran yang telah dihias mengikut tema pengantin so, gubahan kategori separuh siap cam muda remaja ni terus dibawa ke rumah pengantin..

Sampai je kat rumah pengantin barula Along gubah semula..

Hasilnya.. tada...



Eh.. eh.. sori.. bukan yang ini..

Yang ini baru betool..




Gubahan 30's lolipop ros dikelilingi lollipop khas nama pengantin..

Tahniah IZAK & TIENA.. 



Ehem.. ehem.. ini pula gambar kakak2 yang sibuk nak interfrem..



p/s : ruginya g kelantan xsempat soping.. kan ;)

14 June 2013

Edisi Hari Guru

Sempena Sambutan Hari Guru pada Mei 2013 yang lepas..

Terdapat design khas bagi memenuhi permintaan sempena Hari Guru


Oreo Choc
 
Pelbagai design berbentuk Oreo Choc






Square Lollipop

Sebahaian daripada tempahan 50 oreo choc & 50 square lollipop untuk sambutan Hari Guru

YUMMY !!



Jambangan Bunga Coklat ~ Emerald Green

Uhuk . Uhuk..

Aduh.. batuk pulak.. itulah kan.. blog dh sangat bersawang.. lama sangat x update..



Ini coklat jambangan dalam bakul khas tempahan dari Cik Dira.. Untuk Engagement Day pada Februari lepas.. Very the green pada hari itu..
Request kaler Emerald Green.. combine kan dengan turqouise.. Suka sangat katanya..


Jeng.. jeng.. Introducing Nadira..Sweet sangat baju bertunang dia, hehe.. sesuweet orangnya..




Pandai pilih kaler.. sejuk je mata tengok..


Dira & Izzat

Cuba cari mana jambangan coklat di kalangan hantaran lain.. Nampak x?


So, sesiapa yang berminat boleh tempah yerr.. Harga biasa sebatang bunga coklat rm2.. Minimum 30 batang ye.. tapi kalau ada tambahan bunga special, harga ada tambahan sikeet jerr lg.. 

Yang pasti, insyaAllah akan menepati kehendak customer..




Doorgift 2 cavity



Assalamualaikum....

Ada doorgift comel yang sesuai untuk sebarang majlis..

Kita selalu nak cari doorgift yang murah kan :D




Boleh cuba order yang ini.. 2biji coklat dalam sushi box.. boleh pilih apa saja filling.. 20box untuk harga RM 1.50 per box..

So, kalau nak harga lebih murah boleh order banyak sikit yerr..

11 April 2013

Kotak Coklat 35 cavity

Ini tempahan coklat box untuk Majlis Pertunangan Wan & Nurul...


Tempahan ni dah lama pun majlis nya.. Sekitar Januari haritu lagi..

Terima kasih pada Chik yang sudi order

9 April 2013

Tempahan untuk Boyz

Biasanya anak2 lelaki sangat minat pattern bola kan..

Hmm.. Boleh tray Oreo Choc tema bola mcm yg kat bawah ni..



Kalau tgk mcm yang kat atas ni ada pelbagai design tau..

** Oreo Choc - Geng Bola
** Oreo Choc Edible Image - Angry Bird, Spongebob, Upin Ipin, Ben 10

Yang paling best.. ada Mickey Oreo Lollichoc yang sangat canik & sedap..
Mmm.. Kids will luv it !

JENIS-JENIS COKLAT

Coklat Compound 
Bahan Utama : Lemak dari sayuran
Mudah mencapai kestabilan pada suhu bilik (tidak mudah cair pada suhu bilik)


Coklat Couverture (gred A)

Bahan Utama : Lemak dari biji koko
Perlu melalui proses tempering untuk mencapai suhu stabil (proses tempering yang salah akan menyebabkan coklat cair pada suhu bilik)
sangat sensitif terhadap suhu

Kedua-dua jenis coklat terdapat dalam bentuk coklat susu(milk), coklat putih(white) dan coklat gelap(dark)


Dari segi rasa, sudah tentu Coklat Couverture lebih sedap kerana kandungan lemak koko yang terdapat di dalamnya.. dan yang pasti harga  Coklat Couverture lebih mahal dari Coklat Compound


Filling yg ada seperti :
1. Mocha, 
2. Strawberry
3. Orange
4. Mint
5. Durian
6. Blueberry

Filling berbentuk kekacang pula adalah seperti : 
1. Almond
2. Hazel
3. Pistachio

Coklat yang berbentuk dipanggil 'Praline'

Manakala coklat yang terdapat di dalamnya biskut oreo dinamakan Oreo Choc




7 April 2013

Hikayat Coklat .. (Part 2)

Hmm.. Menarik kan bagaimana coklat mula dikenali dan berkembang di dunia..

So, macamana pulak laluan coklat di negara kita..

Koko merupakan tanaman komoditi ketiga terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit dan getah. Malaysia adalah Negara pengisar koko yang kelima terbesar di dunia. Negeri Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kawasan tanaman koko yang besar itu menyumbang kepada 9,552.96 hektar (46.5%) daripada jumlah kawasan penanaman koko di Malaysia berbanding Sabah 6,943.87 hektar (33.8%) dan Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 4,047.17 hektar (19.7%)

Negara-negara pengeluar koko utama di dunia adalah Cote d’lvoire, Ghana Indonesia, Nigeria, Cameroon termasuklah Malaysia.


 




Jadi, penggemar coklat daptkan coklat keluaran lembaga koko Malaysia tau yang semestinya HALALdan hasil bumi kita sendiri










h orang Sepanyol

6 April 2013

Oreo Choc

Ting tong...

Hehe...

Memang ada ramai peminat oreo tau... Especially kanak2, tapi yg bukan kanak2 pun ramai yang suka..

So, peminat oreo blh order oreo ikut theme tau..


Oreo Choc - Men & Women

Peminat bunga blh order mcm yang kat bawah ni...

Oreo Choc - Sekebun Bunga
Anak-anak yang girlish sweet2 gitu maybe minat mcm yang ini...
Oreo Choc - Edible Image Barbie

Ada mcm2 pattern lagi.. theme bola... nnti saya update kemudian ya..

Oreo Choc - Plain (RM 1.50)

Oreo Choc - Colour / Theme (RM 2.00)
Oreo Choc - Edible Image (RM 2.00)
Oreo Choc - Customized Edible Image (RM 2.50)

Minimum order 10 pcs ye..

Untuk belian yang lebih banyak boleh hubungi saya untuk dapatkan special price

Coklat dalam Bakul

Hantaran ni order dari Puan Ruzimarlina...

Jambangan bunga dalam bakul, 30 batang....


Pink White Roses

Orang nya peminat pink..
So, kita gabungkan pink & putih bagi nampak english concept sket... hehe..


Untuk sesiapa yang nak order macam ni rm70 ye.. dalam coklat ros tu blh minta apa2 filling ya..kacang ke.. flavour ke..

Order yg ini saya letak kacang almond sebagai filling.. sedap tau

5 April 2013

Hikayat Coklat... (Part 1)



Semua orang suka makan coklat, xkiralah muda atau tua... kan.. 

So, jom kita kenalpasti asal usul coklat yang kita makan sekarang...


Coklat telah dianggap seperti Emas - mempunyai nilai yang tinggi.


Sejak 3000 tahun dahulu lagi, Coklat telah dianggap seperti Emas –mempunyai nilai yang tinggi.


Coklat dihasilkan daripada koko dikatakan berasal daripada Amazon sekurang-kurangnya 4000 tahun dahulu. Ia digunakan oleh kaum Maya yang memanggilnya sebagai ‘CACAHOATL’

Manakala nama Coklat pula berasal daripada Kaum Maya - xocoatl yang bermaksud air pahit



600 SM
Kaum Maya memulakan tanaman koko di ladang-ladang di Yucatan. Ia hanya digunakan sebagai minuman dan dianggap sebagai ‘God’s Food’dan digunakan dalam upacara keagamaan.
1200 SM
Kaum Aztec pula mula mengusahakan tanaman koko menggunakan rempah ratus yang berbeza seperti serbuk cili & jagung kerana gula masih belum digunakan ketika itu.
Ketika ini, koko juga telah digunakan sebagai alat komoditi pertukaran matawang.
Cth: 100 biji koko  = 1 ekor ayam belanda
         30 biji koko  = 1 ekor arnab  
           1 biji koko  = 1 biji tomato     
1513
Terdapat bukti hamba abdi telah dibeli menggunakan pertukaran biji koko
1519
Hernando Cortez yang menguasai sebahagian besar Mexico telah mengukuhkan penanaman ladang koko yang menjadikan pada ketika itu koko sebagai perniagaan yang sangat menguntungkan
1528
Coklat sudah tiba di Spain. Cortez memperkenalkan coklat yang dicampur gula seterusnya vanilla, buah pala, bunga cengkih dan kulit kayu manis
1657
Kedai Coklat pertama dibuka di London
1671
Secara tidak sengaja semangkuk kacang almond telah terjatuh ke dalam coklat yang kemudiannya coklat berkacang tersebut dinamakan sebagai ‘Praline’
1674
Coklat mula diletakkan pada kek, roll di ‘London Coffe House’
1780
Mesin Coklat pertama dihasilkan di Barcelona
1819
Swiss mula mengilangkan coklat
1830
Coklat mula dijadikan manisan, kuih muih , gula-gula
1847
Coklat Cadbury dihasilkan
1875
Coklat susu mula dihasilkan oleh Daniel Peter dari Switzerland
1913
Jule Sechaud Montreux dari Switzerland memperkenalkan Coklay yang berinti.
1923
Penubuhan Chocolate Manufacturer Association oleh Amerika Syarikat
1925
Koko telah menjadi perniagaan yang sangat besar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...